Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Pahang perlu diberi layanan, pertimbangan saksama - Tengku Hassanal
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :09 Mei 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menegaskan pendirian agar negeri itu diberikan layanan serta pertimbangan yang saksama. Baginda turut mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. "Sehubungan itu, saya ingin menegaskan pendirian agar Negeri Pahang diberikan layanan serta pertimbangan yang saksama," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana AbdulAziz pada malam Jumaat. Dalam kenyataan sama, Tengku Hassanal turut menyampaikan mesej penuh makna menerusi rangkap pantun. "Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati," titah baginda lagi. Terdahulu, ketika bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-15, di Wisma Sri Pahang, Tengku Hassanal bertitah menzahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kerajaan Persekutuan yang didakwa tidak memihak kepada hak dan kepentingan negeri itu. Baginda dilapor bertitah, kerajaan Pusat perlu lebih cakna terhadap hak negeri termasuk dalam soal hasil bumi, pelaksanaan projek serta bidang kuasa perundangan di negeri itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035