Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :[TERKINI] Tengku Hassanal titah latihan ketenteraan di Pahang perlu dapat perkenan Sultan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :24/05/2026 | 16:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan latihan ketenteraan di kawasan pulau negeri itu, menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna. Baginda bertitah mengambil berat mengenai aktiviti oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hendak dilaksanakan terutama di kawasan kepulauan negeri berkenaan.  Baginda bertitah, tidak menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman pegawai dan anggota tentera. "Namun aktiviti ketenteraan tersebut mestilah dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar dan semua pihak," titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini. Justeru, baginda bertitah, ATM dan semua jabatan serta agensi yang berkaitan perlu menyembah maklum dan mendapatkan perkenan Sultan Pahang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang latihan dan eksesais ketenteraan di negeri itu. Tengku Hassanal bertitah, ATM dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah baginda. Baginda bertitah, tidak akan teragak-agak meminta Kerajaan Negeri Pahang untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035