Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang zahir hasrat jadikan Kampung Bantal sebagai Kampung Diraja
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :17/05/2026 | 05:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JERANTUT: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menzahirkan hasrat menjadikan Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini sebagai Kampung Diraja pertama di negeri itu.  Al-Sultan Abdullah menyifatkan kampung yang berada di kawasan pedalaman berkenaan begitu dekat di hati keluarga diraja itu kerana menyimpan banyak kenangan selain menjadi lokasi baginda menyelami kehidupan rakyat. “Saya nak jadikan kampung ini sebagai kampung khas, dan jika beberapa penambahbaikan infrastruktur dapat dilaksanakan, kita naik taraf supaya jadi Kampung Diraja. Tiada lagi di Pahang ini ada Kampung Diraja, ini kali pertama. “Bantal juga merupakan nama panggilan kepada Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa kecil oleh keluarga dan kampung ini meskipun jauh di mata, namun dekat di hati,” titah baginda. Baginda bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan alat perubatan oleh Institut Jantung Negara (IJN) dan bantuan kepada asnaf di Kampung Bantal di sini. Turut berangkat paduka anakanda baginda Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Al-Sultan Abdullah bertitah kemudahan seperti pembinaan jambatan dan jalan raya juga dilihat perlu ditambah baik demi keselesaan dan keselamatan penduduk serta memudahkan urusan pengangkutan dan kegiatan ekonomi setempat. Baginda juga menzahirkan harapan supaya penduduk terutama generasi muda merancakkan ekonomi setempat dengan mengusahakan aktiviti tanaman dan kraftangan. Dalam pada itu, Sultan Pahang turut menasihati penduduk supaya menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat beribadah dengan sempurna serta menjalani kehidupan yang lebih sejahtera. Terdahulu, baginda bersama Tengku Hassanal berkenan menyertai aktiviti gotong royong bersama penduduk setempat sebelum melawat projek fertigasi timun di Kampung Gusai, di sini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035