Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Roskhoirah Yahya
Title :Dakwaan IPTA jual tempat: Polis digesa siasat ceramah ambang PRN Pas
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :15 Jun 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Staf berjawatan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat di Universiti Utara Malaysia (UUM) membuat laporan polis terhadap Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullah. Laporan polis itu dibuat berhubung dakwaan terdapat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjual tempat kepada golongan tertentu sehingga menjejaskan reputasi universiti awam. Bakhari Che Mohamed Ariff berkata, beliau telah menonton rakaman video ucapan Haim Hilman yang disiarkan melalui Facebook sempena 'Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan' semasa berada di pejabat, kira-kira jam 10 pagi pada 14 Jun lalu. Menurutnya, dalam ucapan tersebut, Haim Hilman antara lain mendakwa universiti awam pada masa kini sedang menjual tempat-tempat untuk golongan yang 'berduit'. "Terdapat 'pintu belakang' untuk memasuki universiti awam bagi mereka yang tidak layak berdasarkan merit akademik dan sejumlah tempat yang sepatutnya diberikan kepada pelajar yang layak telah dinafikan kerana universiti awam menerima pelajar yang mampu membayar yuran penuh. "Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menjalankan siasatan mengenai kandungan ucapan tersebut kerana ia berunsur fitnah dan boleh menjejaskan reputasi universiti awam. "Tambahan pula ucapan itu disebarkan secara meluas ke seluruh negara yang mana video melalui pautan tersebut telah ditonton oleh lebih 220,000 penonton," katanya dalam laporan polis pada Isnin di Balai Bukit Kayu Hitam. Sebelum ini, Haim Hilman didakwa menyatakan bahawa IPTA menafikan hak 30,000 pelajar yang layak kerana amalan tidak telus dan wujud unsur ‘pintu belakang’ dalam satu ceramah umum di Markas Pas Kawasan Seremban pada 13 Jun lalu. Beliau turut menyatakan keadaan tersebut merupakan kecelakaan paling besar dalam pendidikan negara dan menyalahkan kerajaan kerana gagal menyediakan dana serta tempat yang mencukupi di universiti awam. Tambah Bakhari, dakwaan tersebut adalah serius kerana ia boleh memberi gambaran negatif kepada masyarakat terhadap kerajaan, universiti awam dan sistem kemasukan pelajar ke universiti awam. "Ia juga berpotensi menimbulkan kegusaran, kemarahan, keresahan dan hilang kepercayaan orang ramai terhadap universiti awam," ulasnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035