Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Kekurangan pegawai perubatan di hospital Pahang berpunca beberapa faktor – JKNP
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :10 Jun 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kekurangan pegawai perubatan di beberapa fasiliti kesihatan di Pahang berpunca daripada beberapa faktor termasuk perpindahan tugas, pelantikan tetap di fasiliti lain, peletakan jawatan dan latihan kepakaran. Perkara itu dijelaskan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam satu kenyataan susulan aduan yang tular di media sosial berhubung dakwaan tersebut. Berdasarkan kenyataan JKNP, seramai 850 pegawai perubatan sedang berkhidmat di fasiliti kesihatan di bawah seliaannya setakat 1 Jun ini. "Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas, JKNP telah melaksanakan beberapa langkah segera termasuk pengoptimuman sumber manusia sedia ada, mobilisasi Pegawai Perubatan daripada fasiliti kesihatan awam dan hospital lain menerusi inisiatif hospital kluster. "Malah kita turut melaksanakan penyusunan semula penempatan Pegawai Perubatan berdasarkan keperluan perkhidmatan dan beban kerja semasa," katanya pada Rabu. Dalam masa yang sama, JKNP sentiasa berusaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti melalui pemantauan berterusan serta kerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jekas kenyataan itu, ini bagi memastikan keperluan sumber manusia kesihatan dapat ditangani secara berperingkat dan menyeluruh. "JKNP kekal komited dalam memastikan kebajikan warga kerja kesihatan terus diberi perhatian di samping menjamin perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sentiasa disampaikan secara berkualiti, selamat, cekap dan berkesan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035