Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :RM7 juta naik taraf Stadium Darul Makmur
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :07 Jun 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan RM7 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Stadium Darul Makmur di sini. Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, peruntukan itu melibatkan kerja naik taraf termasuk sistem lampu limpah, pendawaian serta tempat duduk penonton. Menurutnya, tender bagi projek tersebut akan dibuka bulan ini dan akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). “Padang stadium ini kita sudah berada pada tahap dunia kini kita menambah baik fasiliti lain seperti lampu limpah dan tempat duduk penonton,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah 2026 disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Stadium Darul Makmur, di sini pada Sabtu. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Fadzli berkata, usaha selama lebih tiga tahun akhirnya membuahkan hasil apabila peruntukan untuk menaik taraf lampu limpah dan tempat duduk stadium berjaya diperoleh. "Kami sedang bergerak ke arah menjadikan Stadium Darul Makmur sebuah stadium yang mampu berdikari,” katanya. Sebelum ini, kerja naik taraf padang Stadium Darul Makmur menggunakan rumput jenis Bermuda Tifgrand bernilai RM1.6 juta. Padang Stadium Darul Makmur diiktiraf sebagai padang rumput asli pertama di negara ini yang memperoleh pensijilan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035