Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Siti Zubaidah Zakaraya
Title :Perluas AI ke semua peringkat termasuk universiti - Anwar
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :07 Jun 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SUNGAI PETANI - Pendedahan kepada bidang kecerdasan buatan (AI) perlu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar universiti bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam menghadapi perubahan teknologi masa depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif bagi memperkenalkan teknologi tersebut, termasuk di peringkat sekolah dan komuniti. Menurutnya, usaha itu dilaksanakan melalui pengenalan pendidikan digital dan AI di sekolah selain diperluaskan ke peringkat universiti. "Sekarang, kita minta semua universiti ada jabatan AI termasuk di Universiti AIMST ini. Semua pelajar harus diberikan pendendahan tentang AI. "Malah, untuk negara, kita dah mulakan program bawah Kementerian Digital, AI untuk Rakyat," katanya ketika menjawab soalan pelajar dalam program Temu Anwar di Universiti AIMST di sini pada Ahad. Anwar berkata, institusi pengajian tinggi termasuk universiti swasta perlu terus memperkukuhkan bidang AI sebagai persediaan menghadapi perkembangan teknologi masa depan. Sementara itu, katanya, program AI untuk Rakyat bawah Kementerian Digital pula bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap teknologi berkenaan. "Kalau tidak, kita akan mewujudkan jurang yang lebih besar antara kawasan yang kaya dengan rakyat yang kurang mendapat akses kepada teknologi ini," katanya. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa perkembangan AI perlu diseimbangkan dengan nilai kemanusiaan, etika dan keadilan. Dalam kunjungan berkenaan, Anwar turut menyampaikan geran kerajaan tahunan sebanyak RM25 juta kepada Universiti AIMST sebelum mengumumkan tambahan RM1 juta bagi membantu pelajar miskin di universiti tersebut. Menurut Anwar, Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan anak-anak daripada keluarga termiskin tidak tercicir daripada mendapat pendidikan hanya disebabkan masalah kewangan. Menurut beliau, pendidikan merupakan antara bidang paling penting dalam membentuk masa depan negara dan profesion pendidik adalah satu kerjaya yang mulia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035