Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pokok sawit musnah, kumpulan gajah dikesan di Felda Bukit Kuantan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :11/06/2026 | 17:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menerima aduan mengenai kehadiran sekawan gajah di Felda Bukit Kuantan di sini semalam.  Pengarah Perhilitan Pahang Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima laporan itu daripada Felda selepas beberapa pokok kelapa sawit didapati musnah, selain pagar elektrik stesen solar turut mengalami kerosakan selepas kehadiran haiwan berkenaan. Beliau berkata berdasarkan pemantauan, dianggarkan 18 hingga 20 ekor gajah berada di kawasan berkenaan.  “Kakitangan Perhilitan masih menjalankan operasi pemantauan, kawalan dan cuba menghalau haiwan itu bagi memastikan keselamatan penduduk serta mengurangkan kerosakan yang berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama.  Sebelum ini, rakaman video memaparkan sekawan gajah di Felda berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi masyarakat.  -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035