Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Dua nelayan dikhuatiri hilang, seorang selamat dalam kejadian bot tenggelam
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :12/06/2026 | 07:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
CHUKAI: Dua nelayan dikhuatiri hilang manakala seorang lagi berjaya diselamatkan, selepas bot yang mereka naiki dipercayai tenggelam di perairan Kemaman kira-kira 27.9 batu nautika dekat sini dalam kejadian tengah malam Rabu. Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata bot berkenaan dipercayai tenggelam dalam kejadian ribut pada 12.30 tengah malam, selepas mereka keluar menangkap ikan pada 11.30 pagi Selasa lepas. Beliau berkata, dua mangsa dikhuatiri hilang tekong Azan Muda, 68, dan Nordin Mohammad, 61, manakala nelayan yang selamat pula Mahadi Jusoh, 51. “Mangsa yang selamat itu ditemukan oleh nelayan lain di perairan Kemaman pada 10.30 pagi Khamis, sebelum dibawa naik di Jeti Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang,” katanya ketika dihubungi malam tadi. Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa yang selamat pada 10 malam tadi. Sementara itu Pengarah Maritim Zon Kemaman Abdul Halim Hamzah berkata bot Penggalang 16 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal di sekitar kawasan berkenaan. Bagaimanapun katanya usaha pencarian terpaksa dihentikan sementara malam tadi, berikutan keadaan laut bergelora serta cuaca buruk yang menyukarkan operasi dan akan disambung semula hari ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035