Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Lori muatan asid hidroklorik terbalik di Cherating
Faculty :Astro awani
Year of Publication :13/06/2026 | 18:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang lelaki cedera selepas lori muatan asid hidroklorik dipandunya terbalik di Cherating, di sini pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat  Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.32 pagi tadi.  “Kemalangan tersebut mengakibatkan lori mengalami kebocoran di bahagian tangki dan cecair asid mengalir ke dalam paya bakau.  “Pihak bomba telah mengambil tindakan membuat water curtain bagi menyekat penyebaran wap asid ke laluan utama jalan raya, dengan jumlah asid hidroklorik yang tertumpah dianggarkan kurang daripada 1,000 liter,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan syarikat berkaitan telah dihubungi bagi menyelaras tindakan lanjut termasuk proses pemindahan bahan kimia ke lori gantian. "Operasi masih diteruskan setakat 1.40 tengah hari tadi dengan pemantauan rapi oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) bagi memastikan keadaan kekal selamat sepanjang proses pemindahan muatan dilakukan,” katanya.  Mohd Salahuddin berkata pemandu lori berusia 30-an itu telah dihantar ke Hospital Kemaman sebelum ketibaan pasukan bomba. -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035