Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Nahas di Karak: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga mangsa
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :15/06/2026 | 11:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Karak, Bentong, semalam. Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, baginda berdua menzahirkan rasa amat dukacita atas tragedi yang meragut empat nyawa termasuk seorang bayi berusia setahun, selepas kereta dinaiki mangsa terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK). “Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang mendoakan agar roh kesemua mangsa yang terkorban dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu. Baginda berdua turut menzahirkan simpati kepada ahli keluarga mangsa yang sedang melalui saat-saat sukar dan penuh kesedihan susulan tragedi berkenaan. "Semoga seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini," menurut hantaran itu. Menurut hantaran berkenaan, empat individu yang menaiki sebuah kereta jenis Honda City disahkan meninggal dunia di lokasi selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler yang membawa muatan habuk kayu. “Pemandu treler dilaporkan mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut,” menurut hantaran itu. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memaklumkan, pemandu treler berumur 40 tahun itu didapati positif dadah. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035