Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Afiezy Azaman
Title :Kadar tambang ECRL masih dalam penilaian, belum dimuktamad - MRL
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :16/06/2026 | 09:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Kadar tambang bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan belum diumumkan secara rasmi, kata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).MRL menjelaskan, sebarang kadar tambang yang tular di media sosial ketika ini adalah tidak tepat dan hanya bersifat spekulasi, sekali gus tidak mewakili kadar sebenar yang akan dikenakan apabila perkhidmatan ECRL mula beroperasi pada Januari 2027."Kadar tambang ECRL sedang diperhalusi secara teliti bersama pihak berkepentingan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi memastikan ia kekal berpatutan, kompetitif dan mesra pengguna, selaras dengan matlamat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti kepada rakyat."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian berdasarkan maklumat tidak sahih, manakala kadar tambang rasmi hanya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia selepas proses penilaian dan kelulusan dimuktamadkan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.ECRL, iaitu East Coast Rail Link (ECRL), merupakan projek rel sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menyambung ke Selangor di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Apabila beroperasi kelak, laluan itu dijangka memendekkan masa perjalanan antara Kota Bharu dan Gombak kepada sekitar empat jam berbanding kira-kira tujuh jam melalui jalan raya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035