Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang terima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :19/06/2026 | 17:35 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman di Shahzan House, Ampang di sini, semalam. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan selama sejam itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan terkini suruhanjaya tersebut. Selain itu, SPRM turut mempersembahkan pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh integriti dan memerangi rasuah di negara ini. "Pertemuan turut menyentuh isu-isu semasa berhubung tadbir urus, pencegahan rasuah serta inisiatif yang dilaksanakan SPRM dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan,"  menurut kenyataan itu. Sementara itu, Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan baginda meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat berhubung peranan dan perkembangan semasa SPRM. Abdul Halim juga menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah demi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti di negara ini. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035