Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norhaspida Yatim
Title :UniSZA turunkan 50 gegantung iklan klinik cetus kontroversi
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :20 Julai 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil tindakan segera menurunkan semua gegantung iklan Klinik Perubatan UMC selepas ia tular dan mencetuskan kontroversi di media sosial. ​Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan UniSZA, tindakan menurunkan bahan promosi itu dibuat selepas isu berkenaan dikenal pasti pada 13 Julai lalu. ​Jelas kenyataan itu, arahan telah diberikan kepada UniSZA Holdings Sdn Bhd (UHSB) supaya menurunkan semua iklan tersebut dalam tempoh kurang daripada lima jam selepas dipasang bagi mengelakkan salah faham dan ketidakselesaan masyarakat. ​Difahamkan, sebanyak 50 keping bunting promosi telah disediakan untuk tujuan promosi tersebut, daripada jumlah itu, 25 keping melibatkan iklan yang mencetuskan kontroversi manakala baki selebihnya merupakan iklan dalam bentuk lain. ​"​Pihak universiti mengakui bahawa kandungan bunting berkenaan menggunakan pemilihan perkataan yang kurang sesuai untuk paparan umum. ​"Universiti memandang serius perkara ini dan telah mengarahkan UHSB menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian. ​"Ini bagi memastikan setiap bahan promosi yang diterbitkan pada masa hadapan mematuhi prosedur, garis panduan dan piawaian komunikasi yang ditetapkan," menurut kenyataan itu. ​Untuk rekod, operasi Klinik Perubatan UMC, termasuk pengurusan bahan promosi di bawah tanggungjawab UniSZA Medical Services Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat milik UHSB. ​Susulan insiden itu, UniSZA turut mengarahkan UHSB menyemak semula proses kelulusan semua bahan promosi di bawah syarikat miliknya agar lebih teliti, profesional dan menghormati sensitiviti masyarakat. ​UHSB melalui UniSZA Medical Services Sdn. Bhd. dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan memohon maaf kepada orang ramai atas kekeliruan serta kebimbangan yang timbul. ​Sebagai institusi induk, UniSZA menegaskan akan terus memantau langkah penambahbaikan yang diambil selain menghargai maklum balas berhemah daripada masyarakat demi memperkukuh tadbir urus komunikasi universiti pada masa hadapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035