Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Operasi Hospital Rompin tidak terjejas susulan perhimpunan kakitangan syarikat bukan konsesi
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :10/07/2026 | 10:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Operasi Hospital Rompin dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit tidak terjejas susulan rakaman tular membabitkan perhimpunan pekerja syarikat bukan konsesi di hospital berkenaan. Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas. “Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi dan perkembangan berkaitan perkara ini akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.  JKNP turut memaklumkan sebanyak 24 pekerja terdiri daripada petugas pembersihan dan penyelenggaraan kawasan terlibat dalam perhimpunan itu. “Isu dibangkitkan oleh mereka telah diselesaikan selepas pihak syarikat membuat pembayaran gaji kepada pekerja terbabit pada 12 tengah hari semalam,” menurut JKNP.  Semalam, tular dalam media sosial rakaman memaparkan perhimpunan pekerja pembersihan dan penyelengaraan sebuah syarikat di Hospital Rompin, yang menuntut penjelasan berhubung dakwaan potongan gaji caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial didakwa tidak disalurkan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035