Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Tanah runtuh di Jalan Tapah-Cameron Highlands, tidak libatkan mangsa
Faculty :Astro AWANI
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
IPOH: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Batu 25 (Jalan Pahang), kira-kira tujuh kilometer (km) ke Ringlet, Cameron Highlands, Pahang akibat hujan lebat berterusan hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.12 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 42 km. Beliau berkata tanah runtuh itu yang membawa dahan pokok dan batu telah menutup separuh jalan, namun tidak melibatkan mangsa. Sabarodzi berkata anggota terlibat melakukan kerja memotong dan mengalihkan pokok selain operasi dibantu syarikat konsesi Belati Wangsa yang membawa jengkaut untuk menolak tanah dan batu. “Setelah anggota membuat pemeriksaan dan memastikan tiada lagi bahaya lain, kerja pembersihan diserahkan kepada pihak Belati Wangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya. Operasi tamat pada 5.10 petang dan hujan dilaporkan berhenti pada 6 petang tadi. Terdahulu, satu rakaman video tanah runtuh dipercayai berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands tular di media sosial. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035