Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :154 pesakit terima rawatan di lapan Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :21/07/2026 | 23:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ROMPIN: Sebanyak 154 pesakit daripada pelbagai latar belakang agensi kerajaan, sektor swasta serta awam kini menerima rawatan di lapan Pusat Dialisis Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mejar Jen Datuk Semaon Marjuki berkata daripada jumlah itu, 54 orang merupakan pesakit dalam kalangan veteran ATM. “Pesakit yang menerima rawatan di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM cawangan Muadzam Shah adalah sebanyak lapan orang, dengan dua daripadanya merupakan veteran ATM,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan pusat dialisis itu di sini hari ini.  Selain cawangan di Muadzam Shah, beliau berkata pihaknya akan membuka sebuah lagi pusat dialisis di Jempol, Negeri Sembilan pada Ogos ini, sekali gus melengkapkan rangkaian sembilan pusat dialisi Yayasan Veteran ATM.  Beliau berkata langkah itu selaras dengan pelan strategik Kementerian Pertahanan untuk memastikan kesejahteraan veteran ATM terpelihara dari sudut ekonomi dan kesihatan selepas menamatkan perkhidmatan. Dalam pada itu, Semaon turut mengetengahkan keunikan perkhidmatan pusat dialisis berkenaan yang menyediakan bantuan pengangkutan pergi dan balik bagi pesakit di semua pusat dialisis yang terlibat. "Ini merupakan satu kelebihan yang membezakan pusat dialisis kita berbanding yang lain. Kita bukan sahaja mahu menarik pesakit mendapatkan rawatan di sini tetapi juga memudahkan urusan harian mereka untuk hadir menerima rawatan," katanya. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Razali Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM Lt Kol Azwadi Jamian.   -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035