Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang rasmi sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Sultan Ahmad
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :26/07/2026 | 05:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Sabtu berkenan merasmikan sambutan ulang tahun ke-100 Sekolah Sultan Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad di sini. Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Bertitah pada majlis bertemakan "Seabad Mengukir Gemilang", Al-Sultan Abdullah berharap sambutan seumpama itu dapat diteruskan sebagai usaha memperkasakan pembangunan Sekolah Sultan Ahmad, termasuk menambah baik kemudahan serta fasiliti pembelajaran. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan semua penderma yang telah menjayakan sambutan ini," titah baginda. Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan komitmen baginda terhadap bidang pendidikan, khususnya dalam membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan berprestasi rendah menerusi inisiatif pendidikan yang diasaskan baginda. Baginda bertitah pendekatan pembelajaran yang dilaksanakan menerusi inisiatif itu berjaya mengubah kaedah pembelajaran pelajar terbabit, sekali gus membolehkan kira-kira 1,000 murid daripada golongan berkenaan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Sekolah Sultan Ahmad yang ditubuhkan pada 1926 dengan nama Government English School merupakan antara institusi pendidikan bersejarah yang telah melahirkan ramai tokoh negara, antaranya Tun Khalil Yaakob, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035