Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kerajaan negeri Pahang minta orang ramai waspada sindiket penipuan urusan permohonan tanah
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :30/07/2026 | 12:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang mengesan satu sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong melibatkan tanah milik kerajaan negeri. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sindiket itu menawarkan urusan pemberimilikan tanah dengan meminta orang ramai membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum proses berkenaan dilaksanakan.  “Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pahang tiada melantik mana-mana individu, ejen ataupun syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah kerajaan negeri di luar prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang. “Kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan memperdaya rakyat atau menyalahgunakan nama kerajaan negeri, dan tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap pihak terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang bayaran, menandatangani dokumen atau melakukan urusan berkaitan tanah tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan. Sementara itu, Wan Rosdy berkata orang ramai yang merasakan dirinya tertipu diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. “Kerajaan negeri kekal komited memastikan setiap urusan pentadbiran tanah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi undang-undang. Semak dahulu, jangan mudah percaya dan jangan sesekali menjadi mangsa penipuan,” katanya. -- BERNAMA   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035