Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Umavathi Ramayah
Title :Pelajar berdepan masalah kewangan diminta hubungi IPTA, KPT segera - Zambry
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :14/08/2026 | 19:33 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) tetapi berdepan masalah kewangan diminta menghubungi institusi berkenaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mendapatkan bantuan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, perkara paling penting adalah memastikan pelajar terbabit mendaftar dan meneruskan pengajian. "Yang penting, anda masuk daftar dan sambung belajar," katanya dalam perkongsian di Facebooknya, di sini pada Jumaat. Pada tahun ini, seramai 82,092 calon ditawarkan tempat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di 20 universiti awam (UA). Jumlah itu mewakili 76.1 peratus daripada 107,875 permohonan yang diterima menerusi UPUOnline dan layak melanjutkan pengajian ke UA bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Secara keseluruhan, sebanyak 1,146 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda ditawarkan bagi sesi kali ini.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035