Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Main Author :Bernama
Title :Pembinaan semula bangunan daif SK Felda Kota Gelanggi 1 siap hampir setahun lebih awal
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :20/08/2026 | 19:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
JERANTUT: Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal, membolehkan murid menikmati kemudahan pembelajaran lebih selesa. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kejayaan menyiapkan projek bernilai RM7.998 juta itu tanpa sebarang lanjutan masa (EOT) mencerminkan prestasi baik dalam pelaksanaan projek kerajaan. “Projek bermula pada 13 Jan tahun lepas dan siap pada 26 Jun 2026 berbanding tarikh asal 2 Mei 2027. Projek ini siap lebih 300 hari awal. Ini pencapaian yang sangat baik,” katanya kepada pemberita di sekolah itu hari ini.  Projek itu merangkumi pembinaan sebuah blok akademik baharu menyediakan tiga bilik darjah, bilik sains dan bilik kesihatan selain blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) lengkap dengan kemudahan bagi murid berkeperluan pendidikan khas. Beliau berkata sebanyak 17 murid berkeperluan pendidikan khas akan mendapat manfaat tersebut. Selain itu, Alexander berkata beberapa lagi projek pembinaan dan naik taraf bangunan daif di Pahang sedang dilaksanakan dan pihaknya berharap projek tersebut turut dapat disiapkan lebih awal daripada jadual. Dalam ucapan perasmiannya, Alexander menyeru kontraktor untuk memastikan setiap aduan kecacatan sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) ditangani dengan segera dan berkesan. “Jabatan Kerja Raya pula perlu meneruskan pemantauan pascapenyerahan bagi memastikan semua kemudahan kekal selamat, baik dan memenuhi piawaian,” katanya.  -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035