Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :22/08/2026 | 14:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan solat hajat diadakan di semua masjid di seluruh negeri ini bagi memohon ke hadrat Allah SWT agar keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini bertambah baik. Kesultanan Pahang menerusi hantaran di Facebook memaklumkan baginda bertitah doa dan ikhtiar perlu berjalan seiring dalam menghadapi keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan rakyat. “Baginda turut menasihati masyarakat di Sarawak supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri, khususnya berkaitan keselamatan dan kesihatan sepanjang keadaan jerebu berkenaan serta mengambil langkah sewajarnya,” menurut hantaran itu.   Media melaporkan, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian, Sarawak mencatatkan penurunan kepada 190 setakat 9 pagi tadi, berbanding 227 petang semalam, menyaksikan kualiti udara di kawasan berkenaan beralih daripada tahap sangat tidak sihat kepada tidak sihat. Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sepuluh kawasan lain turut mencatatkan tahap tidak sihat, iaitu Kuching (182), Samarahan (177), Sarikei dan Sri Aman (173), Sibu (161), Bintulu (157), Samalaju dan Mukah (156) serta Miri dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 151. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035