|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| KUANTAN: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang dipatuk ular tedung selar ketika melakukan demonstrasi di sebuah program di Temerloh semalam, meninggal dunia awal pagi ini.
Pengarah APM Pahang Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata Sarjan (PA) Muhamad Muazam Shah Kamardin, 39, meninggal dunia kira-kira 1.50 pagi tadi.
“Muhamad Muazam Shah meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Che Adam berkata jenazah Muhamad Muazam Shah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Kelulut, Temerloh pagi ini.
Sebelum ini, anggota berkenaan dilaporkan dipatuk pada jari tangan kanan dalam kejadian 10.50 pagi semalam dan bertindak keluar dewan untuk mencucinya.
Mangsa kemudiannya telah pitam di luar dewan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |