Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang titah kerajaan negeri, agensi pergiat usaha cegah banjir lebih awal
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :01/09/2026 | 23:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri dan agensi berkaitan supaya mempergiatkan usaha pencegahan banjir lebih awal, khususnya di negeri berkenaan. Menurut hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa pihak berkaitan perlu memberikan perhatian segera terhadap kerja-kerja pembersihan dan pendalaman parit serta longkang, khususnya di kawasan yang sering dilanda banjir ketika memasuki bulan September. “Baginda turut bertitah agar pihak berkaitan memastikan projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan secara berperingkat berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” menurut hantaran itu. Hantaran berkenaan memaklumkan Sultan Pahang bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini hari ini. Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menitahkan kerajaan negeri dan agensi terlibat supaya terus memantau serta mengambil tindakan terhadap pencerobohan tanah secara haram di seluruh Pahang dengan lebih berkesan, tegas dan bijaksana berlandaskan undang-undang. “Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana perkembangan kes-kes mahkamah berkaitan pencerobohan tanah haram dilihat memihak kepada Kerajaan Negeri Pahang,” menurut hantaran itu. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035