Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan nasihat rakyat waspada ketika cuaca panas dan jerebu
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :06/09/2026 | 20:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menasihatkan rakyat supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas serta jerebu yang sedang melanda. Baginda berdua mengingatkan orang ramai supaya minum air secukupnya, mengurangkan aktiviti fizikal berat di kawasan terbuka terutama ketika cuaca paling panas, memakai pakaian ringan dan longgar serta berehat di tempat teduh atau kawasan yang sejuk. “Orang ramai juga dinasihatkan supaya peka terhadap tanda awal masalah berkaitan haba seperti sakit kepala, pening, loya, kekejangan otot, keletihan melampau dan kekeliruan, serta mendapatkan rawatan segera sekiranya keadaan menjadi serius,” titah baginda berdua menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang.  Nasihat tersebut dizahirkan susulan kejadian seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, yang meninggal dunia ketika menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) di Kampus UiTM Jengka, Maran. Dalam kejadian itu, lapan pelajar lain turut dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menerusi hantaran sama, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang. Baginda berdua turut mendoakan agar penuntut yang masih menerima rawatan diberikan kesembuhan dan dipermudah segala urusan.  -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035