Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Zalani Md Atan
Title :Polis Pahang siasat kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :06/09/2026 | 06:40 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TEMERLOH: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menerima layanan kasar daripada pengasuh di sebuah taska di Mentakab, di sini. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian itu pada 5 September. Menurutnya, polis menerima laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita Melayu berusia 29 tahun, kira-kira jam 6 petang pada hari sama. “Pengadu mendakwa mangsa yang dihantar ke pusat asuhan di salah sebuah taska di daerah Temerloh menerima layanan kasar daripada pengasuh berkenaan. “Polis membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu. Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya. Katanya, tindakan siasatan lanjut sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan selanjutnya.   
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035