Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Diana Azis
Title :Reformasi pendidikan tinggi perlu ambil kira keseluruhan ekosistem - Naib Canselor UM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :15 Ogos 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Sebarang pembaharuan dalam perundangan pendidikan tinggi perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan ekosistem serta peranan universiti dalam pembangunan mahasiswa, masyarakat dan negara. Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Seri Profesor Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, ia juga perlu menyokong matlamat lebih besar untuk melahirkan mahasiswa dan masyarakat yang berilmu, matang dalam pemikiran, bertanggungjawab serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. "UM menyambut baik hala tuju KPT sebagaimana yang telah digariskan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 melalui agenda pembentukan One Higher Education Act. "Usaha ini merupakan langkah penting dalam memastikan kerangka perundangan pendidikan tinggi negara terus relevan dengan perubahan landskap pendidikan tinggi, di samping memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik, suara mahasiswa, tadbir urus dan akauntabiliti universiti," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu. Terdahulu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikam ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026, mengumumkan kerajaannya akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30). Perdana Menteri berkata, KPT juga sedang merangka akta baharu yang lebih komprehensif bagi menggantikannya. Dalam pada itu Noor Azuan memaklumkan, UM menyambut baik cadangan berkenaan dan bersedia untuk menyumbang pandangan dan kepakaran kepada KPT sekiranya perlu. "UM bersedia untuk memberikan kerjasama serta menyumbang pandangan dan kepakaran kepada KPT dan semua pihak berkepentingan dalam proses libat urus serta pembangunan kerangka perundangan baharu tersebut," ujarnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035