Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurul Hidayah Hamid
Title :'Pemansuhan AUKU hadiah perjuangan mahasiswa sepanjang zaman' - Adam Adli
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :15 Ogos 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dilihat sebagai hadiah buat perjuangan mahasiswa sejak sekian lama. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemansuhan akta berkenaan turut menjadi tanda besar terhadap komitmen kerajaan dalam melaksanakan agenda reformasi. “Pada saat ini, saya tidak fikir siapa yang menang atau siapa yang mendapat kredit. Saya cuma terkenang wajah-wajah yang pernah berdiri bersama. "Mereka yang pernah takut, tetapi tetap datang. Mereka yang pernah dihukum, tetapi tetap bersuara. Ini hadiah buat perjuangan anak mahasiswa sepanjang zaman,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata kerajaan akan memansuhkan AUKU bagi memberi kebebasan dan ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa di negara ini. Menurut beliau, keputusan itu dibuat susulan memorandum dan pandangan dikemukakan kepimpinan mahasiswa yang mahukan perubahan menyeluruh terhadap akta berkenaan. Anwar berkata, walaupun beberapa pindaan AUKU sebelum ini telah memberi ruang kepada mahasiswa untuk bergiat aktif, ruang kebebasan itu perlu diperluas selaras dengan agenda reformasi pendidikan negara. Justeru, Adam Adli yang juga Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas keputusan berkenaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035