Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norafidah Assan
Title :90 peratus pelajar UniMAIWP ditawarkan bantuan am pelajaran sehingga RM10,000 setahun
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :06 Ogos 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR - Universiti Antarabangsa MAIWP (UniMAIWP) kini membuka permohonan kemasukan bagi ambilan September 2026 dengan menawarkan pelbagai program pengajian dan Bantuan Am Pelajaran yang mampu meringankan beban kewangan pelajar. Naib Canselor UniMAIWP, Profesor Dr Mohd Afandi Salleh berkata, tawaran berkenaan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma, matrikulasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), asasi dan kelayakan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. "Sebagai sebuah universiti milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), UniMAIWP komited memperluas akses kepada pendidikan tinggi berkualiti selaras dengan aspirasi MAIWP dalam memperkasa modal insan melalui pendidikan. "Komitmen tersebut diterjemahkan melalui pelbagai inisiatif sokongan kepada mahasiswa, termasuk penyediaan Bantuan Am Pelajaran bagi memastikan lebih ramai pelajar berpeluang melanjutkan pengajian tanpa dibatasi faktor kewangan. "Menerusi inisiatif tersebut, 90 peratus pelajar UniMAIWP ditawarkan Bantuan Am Pelajaran sehingga RM10,000 setahun merangkumi kemudahan penginapan dan pengangkutan secara percuma serta bantuan wang saku setiap bulan bagi meringankan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian," katanya pada Khamis. Ujarnya, penaiktarafan UniMAIWP sebagai sebuah universiti penuh menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan, inovasi dan jaringan strategik dengan industri serta komuniti. Menurutnya, UniMAIWP bukan sekadar menawarkan peluang melanjutkan pengajian, malah menyediakan ekosistem pembelajaran yang holistik berteraskan konsep ilmu, adab dan ihsan bagi melahirkan insan yang berilmu, beradab, berjiwa ihsan, berintegriti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri. "Kami mengalu-alukan lepasan SPM, STPM, diploma, matrikulasi, STAM, asasi dan kelayakan setaraf untuk menyertai keluarga UniMAIWP serta merebut peluang membina masa depan yang lebih cemerlang bersama UniMAIWP. "UniMAIWP menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat asasi, diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah yang dibangunkan selaras dengan keperluan industri serta perkembangan semasa. "Universiti ini turut memberi penekanan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman, pembangunan kemahiran insaniah, inovasi, penyelidikan dan pembentukan sahsiah berteraskan konsep ilmu, adab serta ihsan bagi melahirkan graduan yang kompeten, berilmu, beradab, berjiwa ihsan dan berdaya saing," katanya. Pendaftaran pelajar baharu akan diadakan pada 19 September 2026 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui www.unimaiwp.edu.my. Maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan, program pengajian, Bantuan Am Pelajaran dan kemudahan yang disediakan boleh diperoleh menerusi laman web rasmi UniMAIWP.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035