Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Sultan Pahang berkenan rasmi Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :26 September 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN — Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026 di sini pada Sabtu. Kebarangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan disambut Presiden Persatuan Neurosurgeri Malaysia (NAM), Profesor Datuk Dr Abdul Rahman Izaini Ghani serta Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir Razali Kassim. Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Kongres Neurosurgeri Antarabangsa 2026 selain pelancaran buku ‘Neurosurgery Unlocked’. Baginda berdua kemudian berkenan menyampaikan NAM Distinguished Educator Awards sebelum menyempurnakan atur cara lawatan diraja ke reruai pameran yang disediakan. Kongres bertemakan ‘Beyond Boundaries’ itu dianjurkan NAM dengan kerjasama Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM (SASMEC @IIUM. Presiden Persatuan NAM, Dr Abdul Rahman berkata, kongres berkenaan diharap bukan sekadar menjadi medan pertemuan, sebaliknya menjadi platform pendidikan perubatan berterusan. Menurutnya, platform itu memberi peluang kepada pakar bedah saraf dan profesional kesihatan berkaitan untuk berhimpun bagi berkongsi ilmu, membincangkan perkembangan baharu serta belajar antara satu sama lain. “Pembedahan saraf merupakan bidang yang mencabar, namun ia juga sebuah profesion yang dibina atas landasan hubungan sesama manusia. “Persidangan ini memberi kita peluang untuk menjalin persahabatan berpanjangan, mengukuhkan rangkaian profesional serta membina kerjasama yang menjangkaui ruang persidangan ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut. Abdul Rahman berkata, segala usaha yang dilakukan menerusi kongres itu akhirnya mesti kembali kepada satu tujuan teras iaitu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit. “Dengan meningkatkan pengetahuan, kita mengukuhkan keupayaan untuk menyediakan penjagaan yang selamat, berkesan dan penuh empati kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa kepada kita,” katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035