Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :Jerebu: Indera Mahkota Kuantan masuk kategori tidak sihat, Johan Setia naik 12 mata
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :20/09/2026 | 13:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini terus membimbangkan apabila stesen Indera Mahkota, Kuantan di Pahang memasuki kategori tidak sihat, menjadikan jumlah stesen yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat kekal sebanyak 24 setakat jam 1 petang. Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Indera Mahkota merekodkan bacaan 103 berbanding 100 pada jam 12 tengah hari. Peningkatan ketara turut direkodkan di Johan Setia, Selangor apabila bacaan IPU naik 12 mata kepada 152 dalam tempoh sejam. Di Sarawak, Serian kekal mencatatkan bacaan tertinggi negara walaupun menurun sedikit kepada 176 berbanding 178 sebelumnya. Kawasan lain di negeri itu yang masih berada dalam kategori tidak sihat ialah Samarahan (169), Kuching (165), Sri Aman (159), Bintulu (154), Sibu (152) dan Miri (151). Limbang dan Sarikei pula kembali ke kategori sederhana dengan masing-masing mencatatkan bacaan 99. Di Melaka, Bukit Rambai meningkat daripada 132 kepada 149, manakala Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan 148. Di Johor, Segamat, Batu Pahat, Larkin dan Tangkak masing-masing merekodkan bacaan 155. Sementara itu, Port Dickson di Negeri Sembilan, Pasir Gudang di Johor dan ILP Miri di Sarawak kembali ke kategori sederhana dengan bacaan 100. Di kawasan tengah Semenanjung, Putrajaya dan Nilai masing-masing mencatatkan bacaan 157, manakala Shah Alam merekodkan bacaan 154. Seremban pula meningkat kepada 153, diikuti Cheras di Kuala Lumpur pada paras 146 dan Batu Muda pada 113. Di utara Semenanjung, Kangar dan Langkawi terus mencatatkan bacaan terendah negara dengan masing-masing merekodkan IPU 26. Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, terutama melibatkan aktiviti fizikal yang berat, serta memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035