Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Lima ditahan halang penguat kuasa jalankan tugas di hutan simpan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :16/09/2026 | 09:10 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Polis menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera, semalam.  Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi  ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.  Beliau berkata semasa operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.  “Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 hingga 60-an bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.  Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam tidak menyebarkan berita yang tidak sahih atau sebarang maklumat yang salah sehingga menimbulkan salah faham dan mengganggu ketenteraman. Beberapa video rakaman kejadian itu turut tular melalui media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.  -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035