Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Selangor berkenan hadir Majlis Makan Malam Gala Diraja
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :04/10/2026 | 06:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
CYBERJAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Sabtu berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam Gala Diraja anjuran Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), di sini. Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Turut berkenan mencemar duli, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Majlis makan malam itu yang diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden RSPEC, Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail. Pada majlis itu, Sultan Sharafudin turut berkenan menyampaikan Polo Lifetime Achievement Award kepada sembilan penerima, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan penerima dalam pembangunan sukan polo. Sementara itu Timbalan Presiden RSPEC, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dalam kenyataan berkata, penganjuran majlis malam ini, menandakan satu lagi langkah penting RSPEC dalam mengembangkan polo dan ekuestrian, sebagai sukan yang lebih dekat dengan masyarakat, selain memperkukuh potensi Selangor sebagai destinasi pelancongan sukan. “Sebagai sebuah kelab awam dan bukan kelab keahlian eksklusif, RSPEC komited untuk terus menjadi jambatan antara masyarakat dengan dunia polo dan ekuestrian. “Melangkah ke hadapan, RSPEC akan memperluas penganjuran program sukan, pendidikan dan komuniti bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang, khususnya generasi muda, untuk mengenali, mencuba dan menyertai sukan polo serta ekuestrian,” katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035