Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Samun di Genting Highlands: Polis tahan tujuh individu, suspek utama masih dikesan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :07/10/2026 | 22:50 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Polis menahan tujuh individu termasuk beberapa warga asing bagi membantu siasatan kes samun barang kemas seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, Bentong pada Ogos lepas. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 Okt.  “Tangkapan terbaharu melibatkan seorang individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di negara ini. “Suspek berkenaan masih direman manakala enam lagi sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.  Beliau berkata kesemua individu yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama yang masih diburu.  Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.  Pada 17 Ogos lepas, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta dilaporkan dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan.  -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035