Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :Belanjawan 2027: PH Pahang komited pastikan manfaat sampai kepada rakyat
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :10/10/2026 | 09:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) Pahang komited memastikan manfaat Belanjawan 2027 dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat, khususnya golongan yang berdepan tekanan kos sara hidup.Pengerusi PH Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, Belanjawan 2027 yang bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” mencerminkan pendekatan pembangunan yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi negara dengan kebajikan rakyat.Menurutnya, antara langkah yang memberi manfaat kepada rakyat termasuk peningkatan gaji minimum kepada RM2,000 mulai Jun 2027, peruntukan RM16 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), serta peningkatan pelepasan cukai asas individu kepada RM12,000.Turut disifatkan signifikan ialah Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM200.Ahmad Farhan berkata, inisiatif berkenaan dijangka membantu golongan pekerja, keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, peniaga kecil, petani, nelayan, masyarakat luar bandar serta golongan belia.Bagaimanapun, beliau menegaskan kejayaan Belanjawan 2027 perlu diukur berdasarkan sejauh mana manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat.Sehubungan itu, PH Pahang akan menggerakkan jenteranya di semua peringkat bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat mengenai inisiatif yang diumumkan, termasuk syarat kelayakan dan saluran permohonan.Katanya, perhatian turut diberikan kepada peniaga kecil dan usahawan mikro supaya mereka mendapat maklumat berkaitan peluang pembiayaan, latihan serta sokongan perniagaan.Selain itu, golongan belia, pekerja dan keluarga yang memerlukan turut akan dibantu mendapatkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan, pendidikan dan peningkatan pendapatan.“Setiap maklum balas, kesulitan dan kekangan yang dikenal pasti melalui program turun padang akan dikumpulkan dan disalurkan kepada kementerian serta agensi berkaitan bagi membantu menambah baik keberkesanan pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan.Ahmad Farhan berkata, pendekatan itu penting kerana keperluan masyarakat di kawasan bandar seperti Kuantan berbeza dengan cabaran yang dihadapi penduduk luar bandar termasuk di Jerantut, Lipis, Bera, Rompin dan Cameron Highlands.Beliau berkata, rakyat bukan sahaja perlu mengetahui perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2027, malah perlu memahami cara mendapatkan manfaat daripada inisiatif yang disediakan.Menurutnya, pelaksanaan yang berkesan merupakan elemen penting dalam memastikan belanjawan yang diumumkan benar-benar memberi kesan kepada kehidupan rakyat.“Segala dasar dan inisiatif mesti kekal berpijak pada realiti kehidupan rakyat. Kemajuan negara mesti dapat dirasai hingga ke kampung, bantuan mesti sampai kepada yang layak dan peluang yang diwujudkan mesti dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat,” katanya. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035