Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :JAS siasat isu pencemaran Sungai Gali dan Lampan di Raub
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :10/10/2026 | 11:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang sedang menjalankan siasatan berhubung isu pencemaran yang dilaporkan berlaku di Sungai Gali dan Sungai Lampan dekat Raub. Pengarah JAS Pahang Zakaria Ahmad berkata siasatan dilaksanakan bermula semalam dan beliau masih menantikan laporan penuh daripada pegawai penyiasat Cawangan JAS Temerloh.  “Kita telah ambil sampel air sungai dan efluen yang dipercayai dilepaskan oleh sebuah kilang berhampiran serta perlu tunggu keputusan analisis daripada Jabatan Kimia untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi Bernama.  Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Fadzli Mohamad Kamal semalam dilaporkan menggesa JAS bertindak segera bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran sungai berkenaan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong itu turut meninjau kawasan terbabit dan menemukan pelbagai spesies ikan mati di sepanjang sungai berkenaan selain airnya bertukar hitam serta berbau.   -- BERNAMA    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035