Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Astro Awani
Title :Jerebu: Jumlah kawasan tidak sihat turun kepada 31, Temerloh kembali ke tahap sederhana
Faculty :Astro AWANI
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di negara ini terus menunjukkan pemulihan apabila jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat berkurangan kepada 31 setakat 1 petang ini berbanding 32 kawasan pada 12 tengah hari. Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Temerloh di Pahang menjadi kawasan terbaharu kembali ke tahap Sederhana selepas merekodkan bacaan IPU 99 berbanding 104 pada 12 tengah hari. Sementara itu, Tangkak di Johor kini mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 186, meningkat satu mata berbanding sejam sebelumnya. Batu Pahat pula mencatatkan penurunan kepada 184 berbanding 187 pada 12 tengah hari, diikuti Larkin (183), Pasir Gudang (182) dan Segamat (180). Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 179 manakala Nilai mencatatkan bacaan 176. Di Selangor, Kuala Selangor mencatatkan penurunan terbesar apabila bacaan IPU susut 24 mata kepada 120 berbanding 144 pada 12 tengah hari. Banting pula merekodkan bacaan 145, diikuti Klang (154), Petaling Jaya (159), Johan Setia (161) dan Shah Alam (164). Bagaimanapun, Indera Mahkota di Kuantan, Pahang meningkat kepada 150 berbanding 144 sebelum ini. Di Sarawak, Kuching kekal pada tahap Tidak Sihat dengan bacaan 154, manakala Samarahan hampir kembali ke tahap Sederhana selepas bacaan menurun kepada 101. Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, 31 stesen mencatatkan bacaan Tidak Sihat antara 101 hingga 200, manakala 37 stesen berada pada tahap Sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100. Bacaan IPU terendah direkodkan di Tawau, Sabah pada paras 55. Mengikut klasifikasi APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035