Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Sinar Harian
Title :Lelaki 19 tahun didakwa bunuh pelajar Polisas
Faculty :Astro AWANI
Year of Publication :12/10/2026 | 11:05 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, di sini pada 6 Oktober lalu. Tertuduh, F Alan Stevekumar,19, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah. Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian, M Elisa Jonova,19. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan olehnya di sebuah rumah di Jalan Air Putih 2, di sini, antara jam 4.32 hingga 4.55 pagi pada 6 Oktober lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau dipenjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali. Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Mohd Sabri Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes. Sebelum ini, media laporkan pelajar perempuan berkenaan ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh teman lelakinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya Susulan itu, polis menahan lelaki itu di lokasi kejadian dan direman untuk siasatan lanjut. - Sinar Harian  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035