Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Faculty :Awani
Year of Publication : 1 Jan 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Istana Abdulaziz, di sini, semalam. Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Menurut hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat. Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Shamsul Azri berkata, beliau meneliti setiap pesanan Sultan Pahang mengenai penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam dan bertekad untuk melaksanakan yang terbaik dalam memastikan Reformasi Perkhidmatan Awam berjalan lancar. Beliau turut mendoakan agar Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan pemerintahan serta terus menaungi rakyat dengan kasih sayang dan kebesaran jiwa.    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035