Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :07 Februari 2025
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuktikan kesiapsiagaan dalam mempertahankan ruang udara negara dengan melaksanakan latihan operasi berprofil tinggi. Keupayaan itu dapat dilihat apabila Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan sendiri menerbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing dan Force Down. Demonstrasi tersebut dilakukan sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JKK SSPA) ke Pangkalan Udara Kuantan pada Selasa. TUDM menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan, misi pemintasan Pesawat dan Force Down adalah salah satu tindakan pantas skuadron pesawat pejuang melaksanakan tugasan memintas pesawat asing yang menceroboh ruang udara negara. Katanya, demonstrasi ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada delegasi hadir tentang pengoperasian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM khasnya, seiring dengan setiap cadangan penambahbaikan SSPA bagi perkhidmatan ATM yang telah dikemukakan kepada JKK SPPA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). "Penglibatan Panglima Tentera Udara, pegawai dan anggota telah membuktikan kesiagaan aset dan warga TUDM di peringkat strategik, perasional dan taktikal mampu diatur gerak sebilang masa dalam menjaga kedaulatan negara," katanya. Selain itu, pelbagai demonstrasi lain turut diadakan termasuk Low Level Tactical Navigation, Free-Fall Tactical Infiltration, Combat Search and Rescue Mission, Ground Attack Tactic and Close Air Support Mission, Night Flight Tactical Operation dan Night Air Combat Tactic and Close Air Support Mission. Beberapa wakil dari PA juga beri peluang untuk merasai sendiri cabaran yang dihadapi oleh pegawai dan anggota ATM dalam setiap misi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035