Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Sultan Pahang berkenan rai sambutan Tahun Baru Cina di Menara 188 Kuantan
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :01 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di mercu tanda ikonik, Menara 188 Kuantan pada Sabtu. Keberangkatan tiba baginda pada jam 10.10 pagi itu diiringi Tengku Mahkota Pahang,Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Baginda dan Tengku Hassanal disambut dengan penuh meriah hampir 400 tetamu yang terdiri daripada pemimpin negeri, ahli perniagaan dan masyarakat setempat. Turut hadir memeriahkan majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Infiniti Indah, Datuk Indera Omar Naresh Mohan, Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man serta Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang. Al-Sultan Pahang turut berkenan menggaul Yee Sang sepanjang 50 meter bersama tetamu jemputan dan komuniti setempat sebagai tanda kepada keberkatan dan kemakmuran tahun baharu. Dalam pada itu, baginda turut menyaksikan persembahan tarian singa dan pertunjukan mercun yang menambah kemeriahan majlis. Selain itu, sebanyak 50 gerai jualan pelbagai jenis makanan dan barangan tradisional turut dibuka bagi memeriahkan suasana perayaan manakala persembahan kebudayaan Cina turut diadakan yang diakhiri dengan pertunjukan lukisan. Mengakhiri majlis, baginda berkenan membakar mercun yang digantung di menara pada ketinggian 188 meter.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035