Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :KPT teroka kerjasama pendidikan, sasar 200,000 mobiliti pelajar antarabangsa - Zambry
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :04 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TANJONG MALIM - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus meneroka kerjasama pendidikan dengan pelbagai negara termasuk menfokuskan kepada usaha meningkatkan mobiliti pelajar antarabangsa ke Malaysia. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata berdasarkan kualiti dan ekosistem pendidikan tinggi serta kestabilan negara ini, sasaran 200,000 pelajar antarabangsa menyambung pengajian di Malaysia (mobiliti) mampu dicapai dalam tempoh beberapa tahun lagi. "Tumpuan juga diberikan kepada mobiliti pensyarah dan penyelidik, kita juga menumpukan eksport pendidikan kita dengan menawar kursus serta kepakaran kita kepada luar negara melalui penubuhan korsotium pendidikan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan, Kongratbay Sharipov dan Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff. Zambry berkata, Malaysia telah melaksanakan agenda mengantarabangsakan pendidikan sejak beberapa tahun lalu ke beberapa negara destinasi utama. Beliau berkata, kerjasama pendidikan tinggi Malaysia dengan negara-negara Asia Tengah termasuk Uzbekistan, tertumpu dalam bidang sains, teknikal dan bahasa. Forum yang bertemakan "Uzbekistan-Malaysia: Opportunities and Initiatives for Achieving Sustainable Development Goals in Higher Education" ini merupakan pencapaian penting dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Dihadiri oleh Naib Canselor universiti tempatan dan swasta serta 28 Rektor universiti terkemuka Uzbekistan, forum ini turut menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU), Surat Hasrat (LoI), dan Letter of Agreement (LoA) antara institusi pendidikan tinggi dari Malaysia dan Uzbekistan. Turut dihadiri para Naib Canselor universiti tempatan dan swasta serta 28 Rektor universiti terkemuka Uzbekistan, forum ini turut menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU), Surat Hasrat (LoI) dan Surat Perjanjian (LoA), antara institusi pendidikan tinggi dari kedua-dua negara. Selain itu, forum ini juga menjadi saksi kepada penubuhan Konsortium Pendidikan Tinggi Malaysia-Uzbekistan (Malaysia-Uzbekistan Higher Education Consortium - MUHEC) yang diterajui oleh UPSI. Konsortium ini akan menjadi platform strategik untuk menggalakkan mobiliti akademik, projek penyelidikan bersama, serta perkongsian amalan terbaik dalam pendidikan tinggi. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035