Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norafiza Jaafar
Title :Penubuhan institut perguruan tahfiz, universiti al-Quran dalam perbincangan
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :11 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA PILAH - Sijil Tahfiz Malaysia (STM) antara program dilaksana oleh kerajaan bagi memperkasa dan memperkukuh institusi tahfiz dalam negara. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menyediakan kerangka lebih baik untuk memastikan masa depan pelajar lulusan tidak terabai. "Kita mahu pelajar ini bukan hanya terlibat dengan pengajian hafazan tetapi menyediakan kerangka yang lebih baik seperti mempersiap anak-anak dengan kemahiran. "Dengan kelebihan kemahiran lain, ia dapat membantu lepasan pelajar tahfiz bersaing dan sama-sama membina negara," katanya mengulas usaha kerajaan memantapkan institusi tahfiz dalam negara. Sebelum ini, Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan menubuhkan dua institusi berkait dengan pelajar lepasan tahfiz iaitu institut perguruan tahfiz serta sebuah universiti al-Quran. Cadangan itu disuarakan oleh Presiden Permata Al-Quran Malaysia, Manolito Mohf Dahlan pada penutupan Seminar Kecemerlangan Institusi Tahfiz al-Quran Malaysia 2025, Ahad lalu. Manolito berkata, penubuhan dua institusi itu dapat melahirkan lepasan maahad tahfiz kompetan serta profesional. Mengulas lanjut berkaitan cadangan itu, Zulkifli berkata, perkara itu sedang di peringkat perbincangan dan tidak boleh mengulas perkara yang belum dimuktamad. Sementara itu, Zulkifli ketika ditanya berkenaan empat imam digantung tugas selepas didapati tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkata, keputusan itu harus dihormati. "Kita menghormati pihak berkuasa agama negeri yang mempunyai autoriti dan sudah pasti mereka siasatan telah dijalankan sebelum tindakan diambil. "Dalam konteks hari ini dan semakin menghampiri Ramadan, baik perkara itu dilihat dari sudut positif dan saya nasihatkan kepada semua agar ikut peraturan yang diputuskan pihak berkuasa negeri-negeri," katanya. Terdahulu, Zulkifli hadir merasmikan majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Kuala Pilah. Program anjuran Pertubuhan Kuala Pilah Madani Negeri Sembilan dengan kerjasama dan tajaan dari Yayasan Taqwa -Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ABIM Kuala Pilah menyampaikan sumbangan baju berserta beg sekolah dan alat tulis kepada 500 penerima.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035