Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang berkaitan Titah Adendum - Fahmi
Faculty :AstroAwani
Year of Publication :28/02/2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan Titah Adendum. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan MADANI berkata kerajaan berharap semua pihak menghormati titah Tuanku. "Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah merakamkan junjung kasih kerajaan terhadap titah baginda Sultan Abdullah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Tuanku telah bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang di bawah proses undang-undang perlu dihormati. "Titah Tuanku meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum ini," katanya dalam sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini hari ini. Fahmi berkata pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan. Al-Sultan Abdullah semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di Kuantan, Pahang, malam tadi, bertitah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan isu berkaitan Titah Adendum kerana perkara itu kini di bawah proses undang-undang. Baginda menegaskan semua pihak perlu menghormati proses tersebut berikutan perkara itu telah berada di bawah bidang kuasa pihak bertanggungjawab. Baginda juga bertitah agar semua pihak menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035