Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurfardlina Izzati Moktar
Title :UniSZA sedia program Sunathon, saringan kesihatan percuma kepada B40
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :02 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkenalkan program Sunathon 3.0 dan Mobile Health Screening secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah (B40) sebagai salah satu sumbangan khidmat sosial universiti itu kepada masyarakat. Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam berkata, program itu sebahagian daripada misi UniSZA dan Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) bagi memperkasakan komuniti melalui penjagaan kesihatan yang proaktif. "Kesihatan adalah hak setiap individu tanpa mengira latar belakang ekonomi. Menerusi sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Program KPT Prihatin Madani, kami dapat memperluaskan lagi usaha ini serta memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat. "Seramai 40 peserta berdaftar bagi sesi program Sunathon 3.0 dengan prosedur dijalankan oleh pasukan perubatan HoSZA yang berpengalaman menggunakan teknologi terkini bagi memastikan keselesaan dan pemulihan cepat. "Inisiatif ini bukan sekadar menyediakan perkhidmatan berkhatan moden yang selamat dan selesa tetapi turut memastikan akses kesihatan lebih meluas kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad. Mengulas lanjut, Fadzli berkata, program yang berlangsung di Pusat Rawatan Harian Surgeri, HoSZA pada Sabtu lalu melibatkan seramai 40 peserta berdaftar bagi sesi program Sunathon 3.0. "Program Sunathon itu melibatkan prosedur dijalankan oleh pasukan perubatan HoSZA yang berpengalaman menggunakan teknologi terkini bagi memastikan keselesaan dan pemulihan cepat. "Pada masa sama, perkhidmatan Mobile Health Screening turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas seperti tekanan darah, tahap gula dalam darah serta saringan penyakit tidak berjangkit. "Ia merupakan satu langkah penting dalam meningkatkan kesedaran dan pencegahan awal penyakit dalam komuniti," jelas beliau.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035