Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Diana Azis
Title :LKAN: UPM, USIM dan UMS antara 5 agensi catat kerugian 3 tahun berturut-turut
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :24 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Tiga universiti awam (UA) menjadi antara lima agensi Persekutuan yang dilapor mengalami kerugian tertinggi tiga tahun berturut-turut iaitu antara 2021 hingga 2023. Tiga UA itu membabitkan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, dua lagi agensi yang turut mencatat kerugian sama adalah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Menerusi penjelasan yang disertakan dalam laporan berkenaan, kerugian tiga UA terbabit disebabkan geran mengurus dan pendapatan janaan sendiri (yuran pelajar) tidak dapat menampung perbelanjaan operasi universiti. UMS mencatatkan kerugian sebanyak RM141.41 juta pada 2023, meningkat berbanding RM89.31 juta pada 2021 dan RM89.47 juta pada 2022. UPM pula merekodkan kerugian RM127.71 juta pada 2023 berbanding RM81 juta (2022) dan RM118.7 juta (2021) manakala USIM kerugian RM44.02 juta pada 2023, RM2.62 juta (2022) dan RM14.21 juta (2021). Sementara itu laporan berkenaan menyebut, penjelasan PPUM terhadap kerugian disebabkan pendapatan yang terdiri caj rawatan pesakit tidak dapat menampung perbelanjaan operasi. Pusat perubatan itu mencatatkan kerugian sebanyak RM61.3 juta pada 2023, RM50.94 juta (2022) dan RM33.44 juta (2021). Dalam pada itu SWCorp menjelaskan, peningkatan perbelanjaan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam menyebabkan kerugian sebanyak RM53.9 juta pada 2023, meningkat berbanding RM87.19 juta pada 2022 dan RM60.75 juta (2021).
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035