Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :13 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. UiTM dalam kenyataan memaklumkan solat hajat itu yang bermula semalam akan turut diadakan hari ini dan esok sebagai keprihatinan warga universiti berkenaan terhadap Sultan Ibrahim yang juga merupakan Canselor UiTM. "Seluruh warga UiTM mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT. "Semoga Seri Paduka Baginda terus diberikan kekuatan untuk memayungi negara dan rakyat Malaysia dengan keadilan serta kebijaksanaan,” menurut kenyataan itu. Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035