Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurhidayah Hairom
Title :Pelajar UiTM cipta Safe Space, platform lapor gangguan seksual di tempat kerja
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :18 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Satu platform selamat kepada pekerja di Malaysia untuk membuat aduan sekiranya terdapat sebarang gangguan seksual di tempat kerja yang dinamakan Safe Space menjadi antara tarikan di pameran Chroma, pelajar tahun akhir Rekaan Grafik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Inisiatif Space Safe berkenaan dicipta oleh pelajar tahun akhir jurusan Seni Kreatif UiTM Shah Alam, Muhd Aizad Marzuki, 25. Pelajar tersebut memilih tajuk projek berkaitan gangguan seksual di tempat kerja bagi memberi kesedaran dan menyediakan platform tersebut mengambil kira kes gangguan seksual yang berlaku. Katanya, usaha tersebut penting kerana gangguan seksual boleh mempengaruhi kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi. “Sejumlah 95 kes gangguan seksual yang dilaporkan dengan 88 peratus melibatkan wanita. Malah, kes meningkat saban tahun dengan 506 kes dilaporkan pada 2021; 477 kes pada 2022 dan 522 kes pada 2023. “Antara dapatan kajian, hal ini berlaku akibat daripada pelaku mengeksploitasi mangsa dengan kedudukan jawatan, hal ini akan memberi kesan kepada maruah dan emosi mangsa. “Jadi, saya berharap dengan usaha ini, kesedaran dapat ditingkatkan sejajar hasrat kerajaan mewujudkan suasana selamat di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan. Pameran Chroma berlangsung sejak Ahad berakhir pada Selasa di Grey Box GMBB Kuala Lumpur. Selain pameran, pelajar terbabit turut membuat program bual bicara yang akan menerangkan secara ringkas apa aktiviti dan pameran yang diadakan kepada pengunjung. Sementara itu, antara lain yang menarik perhatian, inisiatif dibuat pelajar, Husni Jasoffy Arman Jasoffy, yang mencipta inovasi bagi pembungkusan kuaci yang boleh meningkatkan jualan dengan menyelesaikan isu seperti bungkusan yang boleh diguna semula selepas dibuka. Pelajar, Nik Faiz Nik Kamaruzaman pula mencipta inovasi kit untuk pesakit ekzema, manakala Nuraqilah Ramlee memodenkan pembungkusan bahulu yang tidak lagi menggunakan plastik dan mesra alam. Selain itu, Noramira Zulaika Zaizulkamar pula mencipta pembungkusan segera keropok lekor yang boleh terus digunakan untuk memanaskan keropok lekor dalam ketuhar gelombang mikro. Antara inovasi lain dipamerkan, inhaler aromaterapi ciptaan Anis Nabila Azahari, yang boleh mencegah microsleep ketika memandu turut menarik perhatian para pengunjung. Sementara itu, kit mudah menanam pokok di dalam rumah juga turut diberikan nafas baharu oleh pelajar Nurina Fariha Kamaluddin bagi memberi kemudahan kepada masyarakat yang tinggal di rumah bertingkat untuk mempunyai elemen hijau di rumah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035