Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Sultan Pahang, Tunku Azizah ziarah empat penuntut UIAM cedera
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :21 Februari 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN- Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli menziarahi empat mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Baginda berdua tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 9.30 malam, Khamis dan meluangkan masa kira-kira satu jam bagi menziarahi dan memberi kata-kata semangat kepada mangsa yang sedang menerima rawatan. Menerusi hantaran di laman sosial Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua 'tidak senang duduk' apabila dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan segera berangkat ke hospital untuk melihat sendiri keadaan mahasiswa berkenaan. Empat penuntut tersebut yang merupakan pelajar Foundation of Engineering (FENG) UIAM Kampus Gambang terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki terbabas berhampiran Bukit Kuin, Jalan Sungai Lembing-Kuantan. Kemalangan tersebut dikatakan berlaku, selepas mereka pulang beriadah di Bukit Panorama di Sungai Lembing, di sini. Mereka yang terlibat dalam kemalangan ialah Nurulnadiah Nazarali yang mengalami cedera ringan, sementara tiga lagi rakannya, Nurul Sofiya Zul Azri, Nurul Aireen Natasya Azman, dan Tuan Nur Adelynn Zuhaizad mengalami kecederaan parah. Sebagai tanda keprihatinan, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengurniakan sumbangan peribadi serta menitahkan agar segala kos rawatan mereka ditanggung sepenuhnya. Selain itu, Tunku Azizah merupakan Ketua Perlembagaan UIAM menitahkan agar dua mangsa yang mengalami kecederaan serius, Nurul Aireen Natasya dan Tuan Nur Adelynn, dipindahkan ke Sultan Ahmad Shah Medical Centre UIAM (SASMEC) di Kuantan untuk rawatan lanjut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035