Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan
Title :Zaini Ujang dilantik sebagai Profesor Felo UIAM
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :04 Mac 2025
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
GOMBAK - Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Zaini Ujang dilantik sebagai Profesor Felo di Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pelantikan Zaini bagi tempoh setahun berkuat kuasa 4 Mac sekali gus mencipta sejarah apabila UIAM menjadi universiti awam terawal yang memperkenalkan jawatan tersebut. Sebagai Profesor Felo KAED UIAM, Zaini berperanan dalam membantu menaikkan kecemerlangan akademik dan penyelidikan, membangunkan institusi serta tadbir urus strategik, mengukuhkan jaringan global, serta memperluaskan kerjasama industri dan komuniti. Beliau turut berperanan dalam memperkukuh jaringan akademik UIAM, khususnya di Kulliyyah Kejuruteraan (KOE), dengan menjalin kerjasama strategik bersama institusi berprestij seperti Harvard, MIT, Kyoto University dan Imperial College London. Usaha ini akan diperkasa melalui penyelidikan berkualiti tinggi serta penyertaan dalam persidangan antarabangsa, sekali gus mengangkat reputasi UIAM di peringkat global. Sementara itu, Rektor UIAM, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar berkata pelantikan itu merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang akademik, khususnya dalam kelestarian alam sekitar, dasar pendidikan tinggi dan penyelidikan strategik. "Dengan pengalaman luas beliau dalam pengurusan pendidikan tinggi, Zaini akan memberikan khidmat nasihat dalam reformasi pendidikan, bukan sahaja di UIAM tetapi juga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035